KEJOHANAN FUTSAL “BERKAT CUP INTER MAJIKAN” MERIAHKAN BULAN ZAKAT DAN WAKAF PAHANG 2025

Kuantan, 20 Julai 2025 – Sempena sambutan Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang 2025, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP) telah menganjurkan Kejohanan Futsal Berkat Cup “Inter Majikan” yang menghimpunkan 20 pasukan daripada kalangan majikan yang melaksanakan pemotongan gaji bagi zakat dan wakaf melalui PKZWP. Kejohanan yang berlangsung penuh semangat kesukanan ini turut menjadi wadah penghargaan kepada para majikan atas komitmen mereka dalam menyokong usaha memperkasa sistem zakat dan wakaf di negeri ini.

Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini termasuklah Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP), Majlis Perbandaran Kuantan (MBK), Maybank, Bank Simpanan Nasional (BSN), YP Maintenance, Bank Muamalat, Persatuan Peguam Syarie Malaysia Pahang (PGSMP), Masjid Negeri, KPJ Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), BASF Petronas, Kuantan Port, IIUM, Bank Islam, Aurelius Hospital Pahang, Perpustakaan Awam, Kolej KOSMA, Emas Ariffin serta Wakaf Pahang. Kejohanan ini menyaksikan persaingan sengit dan semangat kesepaduan yang tinggi dalam kalangan peserta, memperlihatkan nilai kerjasama dan kekuatan komuniti yang terlibat.

Pasukan Majlis Perbandaran Kuantan (MBK) dinobatkan sebagai juara kejohanan dan membawa pulang wang tunai RM1,000, tempat kedua dimenangi oleh Kuantan Port dengan hadiah RM700, tempat ketiga disandang YP Maintenance yang menerima RM500, manakala tempat keempat menjadi milik Aurelius Hospital Pahang yang membawa pulang RM300. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKZWP, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman. Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua majikan yang mengambil bahagian atas sokongan dan komitmen berterusan dalam usaha memperkasa pemotongan gaji bagi zakat dan wakaf, serta kepada para penaja iaitu McDonald’s, Co-op Bank Pertama, SAKAN dan Aurelius Hospital atas sokongan padu yang diberikan, dan berharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama sambil menyemai nilai-nilai murni zakat dan wakaf dalam kalangan masyarakat. dan berharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform mempererat hubungan antara agensi sambil menyemai nilai murni zakat dan wakaf dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial