KEMPEN WAKALAH BERSEPADU DI MUADZAM SHAH

9 JULAI 2024, Muadzam Shah – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) sedang giat menjalankan kempen pengembalian semula wang zakat (Wakalah) kepada guru-guru di sekolah-sekolah seluruh Pahang. Tujuan kempen diadakan adalah bagi menyampaikan penerangan kepada warga pendidik berkenaan bayaran zakat melalui potongan gaji dan penerangan berkenaan kempen Wakalah Sekolah. 

Pusat Kutipan Zakat Zon Timur dengan kekuatan 13 orang kakitangan telah melaksanakan program bersepadu taklimat wakalah ke sepuluh sekolah terpilih sekitar pekan Muadzam Shah dan Felda Keratong. Antara sekolah terlibat adalah seperti berikut:

  • SMK Agama Pahang
  • SMK Muadzam Shah
  • SK Bukit Ibam
  • KoleJ Vokasional Muadzam Shah
  • SK LKTP Keratong 10
  • SK LKTP Keratong 2
  • SK LKTP Keratong 7
  • SMK Chanis
  • SK Muadzam Shah
  • SK Muadzam Jaya

Respon yang sangat positif diterima sepanjang program ini diadakan, pelbagai soal jawab berkaitan zakat dan wakaf telah diajukan oleh para guru dan kakitangan sekolah. Hasil daripada program, alhamdulillah lebih 150 orang guru telah menunaikan zakat melalui skim potongan gaji bulanan dan kebanyakan sekolah yang dikunjungi telah melepasi syarat wakalah yang ditetapkan iaitu lebih 90% kakitangan sekolah telah berzakat dan bakal menerima wakalah sebanyak 30% daripada jumlah pembayaran zakat dibuat.

Diharap dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapatlah menggalakkan warga pendidik untuk membuat potongan zakat bulanan kerana dengan dengan berzakat mereka turut mendapat dapat hak mengagihkan zakat kepada asnaf di sekolah masing-masing seperti pelajar-pelajar miskin, pelajar mualaf, aktiviti keagamaan dan kelengkapan surau.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial