6 April 2023, JENGKA – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) cawangan Jengka telah berjaya mengadakan satu program penerangan wakalah dan wakaf terhadap guru – guru di SMK Kota Gelanggi 2. Program taklimat pemulangan wang zakat kepada sekolah (Wakalah Sekolah) yang bertempat di bilik mesyuarat SMK Kota Gelanggi 2 ini telah berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan lebih 50 orang kakitangan SMK Kota Gelanggi 2.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan bilangan potongan zakat berjadual di kalangan kakitangan sekolah dan mempromosikan kesedaran berwakaf. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Zakat daerah Jengka En Jusny bin Jaafar yang membicarakan berkenaan syarat kelayakan bagi membolehkan sekolah untuk memohon wakalah dan kaedah pengiraan zakat.
Respon yang sangat positif diterima dari program ini di mana 14 kakitangan baharu telah menyertai skim potongan gaji dan 12 orang kakitangan telah membuat penambahan potongan
Diharapkan dengan adanya program wakalah sekolah ini, dapat membuka mata warga pendidik untuk membuat potongan zakat secara bulanan kerana melalui wakalah maka pihak sekolah dapat memanfaatkan semula agihan zakat kepada pelajar-pelajar miskin, aktiviti keagamaan dan pembelian kelengkapan surau sekolah.
Disediakan oleh,
Muhammad Faizal Bin Shahimi
Perunding Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Jengka