KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BHD BERZAKAT

KUANTAN, 31 Mei 2024 – Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Bhd (KPFB) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2023 kepada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Bhd (KPFB) yang diwakili oleh Ahli Lembaga KPFB , Tuan Haji Jamalukhair bin Mohd Rashid dan diiringi oleh Pengurus Wilayah Pahang KPFB, Encik  Muhamad Firdaus bin Mohd Fadzilah dan Pengurus Pentadbiran KPFB, Puan Noor Syazalina binti Abd Rani telah menunaikan zakat perniagaan Koperasi berjumlah RM21,894.44.

Manakala penerimaan zakat telah diwakili oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan disaksikan oleh Ketua Bahagian Pemasaran PKZ Pahang, Encik Zafridan bin Mohd Daud.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Bhd (KPFB) kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial