KOPERASI TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN

TEMERLOH, 14 September 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Tengah melalui PKZ Temerloh dan PKZ Bera telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada empat (4) buah koperasi bagi tahun perniagaan 2022 dengan amaun keseluruhan berjumlah RM51,732.36. Empat koperasi yang telah menunaikan zakat perniagaan adalah seperti berikut:

Koperasi Peserta Felcra Paya Puyu Bhd (RM15,000)

Koperasi Felda Tembangau 1 Bhd (RM11,660.11)

Koperasi Felda Tembangau 2 Bhd (RM12,712.18)

Felda Serbaguna Felda Bukit Kepayang Bhd (RM12,360.07)

Serahan zakat telah disempurnakan oleh Pengerusi-Pengerusi Koperasi terlibat manakala penerimaan zakat telah diterima oleh Penolong Pengurus PKZ Cawangan Temerloh, Encik Abdul Majid bin Abdul Manaf dan Penolong Pengurus PKZ Cawangan, Bera Encik Jamari bin Abdul Hamid.

Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang opitimis untuk mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM225 juta dengan pembayar seramai 100,915 orang pada tahun 2023 berdasarkan sokongan baik daripada badan-badan perniagaan dan pembayar individu. Pihak PKZ Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada koperasi-koperasi yang terlibat dalam majlis serahan zakat dan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada pihak koperasi yang telah melaksanakan ibadah mereka.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial