25 MAC 2022, Cameron Highlands – Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP), Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md. Daud bersama beberapa pegawai telah membuat kunjungan hormat terhadap Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya bin Syed Abdul Rahman di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands Tanah Rata.
Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi perbincangan strategi dakwah zakat kepada penduduk dan kakitangan yang bekerja di Cameron Highlands. Di kesempatan ini juga Dato’ Haji Halidan turut mengambil peluang menerangkan perancangan Pusat Kutipan Zakat Pahang untuk membuka cawangan pejabat PKZP di Cameron Highlands bagi memudahkan masyarakat Islam di sana untuk membuat pembayaran zakat.
Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi pengurusan zakat dan wakaf di negeri Pahang.
