KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP PENGURUSAN TERTINGGI FELDA

KUALA LUMPUR, 16 November 2023 – Timbalan Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Haji Che Samsol bin Ibrahim telah membuat kunjungan hormat terhadap Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, YM Raja Farah binti Raja Ahmad di pejabat beliau di Menara FELDA Kuala Lumpur.

Turut sama dalam kunjungan tersebut adalah dan Pengurus Zon Timur PKZ Pahang, Haji Mohd Azmi bin Othman, Pengurus Zon Barat PKZ Pahang, Mohd Zaisam bin Zainal dan Ketua Bahagian Potongan Gaji, Mohamed Fuad bin Mohamed Zainudin.

Tujuan utama kunjungan dilakukan adalah untuk membincangkan proses potongan hasil para peneroka secara bulanan dan perbincangan kolaborasi program antara dua pihak. Dalam kunjungan tersebut, pihak PKZ Pahang telah mengambil kesempatan menerangkan prestasi bayaran zakat di kalangan peneroka di negeri Pahang.

Sebelum itu juga, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang juga telah membuat kunjungan hormat terhadap Pengarah FELDA Wilayah Kuantan, Encik Ahmad Syaarani bin Azulan bagi membincangkan jalinan kerjasama antara dua pihak. Semoga hubungan baik yang terjalin antara PKZ Pahang dan pihak FELDA dapat dapat memberi manfaat kepada lebih 43,000 warga peneroka di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial