KUANTAN, 2 Februari 2023 – Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang bertuah apabila menerima kunjungan daripada Delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Brunei Darussalam yang telah diketuai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan beserta dengan beberapa lagi ahli rombongan lain yang terdiri daripada barisan pegawai tertinggi Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam.
PKZ Pahang berbesar hati menerima kunjungan ini dengan majlis sambutan diketuai oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat & wakaf Pahang YH Dato’ Hj. Halidan Bin Md Daud disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Pahang Encik Khairuddin Bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim serta Ketua-Ketua Bahagian PKZ Pahang bertempat di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang.
PKZ Pahang merakamkan penghargaan di atas kesudian Delegasi Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Brunei Darussalam di atas kesudian mengunjungi pihak PKZ Pahang dan berharap agar pertemuan dan perkongsian ini dapat membina jaringan kerjasama strategik baharu di antara kedua-dua institusi agama Islam dan seterusnya dapat menyemarakkan lagi syiar Islam khususnya di Negeri Pahang dan Negara Brunei Darussalam.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang