Kuantan – 27 Julai 2023 bersamaan 09 Muharam1445H, Dalam usaha mempertingkatkan hasil produktiviti dan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan satu Kursus Kemahiran Penggunaan Microsoft Excel kepada beberapa kakitangan terpilih.
Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Encik Khir Johari bin Jamaludin dan dibantu oleh Encik Nur Samsi bin Abd Malek yang merupakan pensyarah dari Jabatan Teknologi Pembuatan, Kolej Komuniti Kuantan. Kursus ini telah berlangsung selama sehari suntuk pada 27 Julai 2023 bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Kuantan dan disertai oleh seramai 24 kakitangan yang terdiri daripada kakitangan operasi dan sokongan PKZ Pahang.

Antara pengisian penting ditekankan oleh Encik Khir sepanjang kursus ini ialah berkenaan pengurusan data, penyediaan carta dan formula untuk mempercepatkan tugasan.
Menurut salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut, Puan Yuslina binti Ramli yang mewakili Bahagian Potongan Gaji PKZ Pahang. “Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majikan kerana menyediakan kursus sebegini kepada kami, saya yakin ilmu yang diperolehi hari ini dapat meningkatkan kemahiran kerja harian saya di Bahagian Potongan Gaji”.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang