BRUNEI 30 November 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) telah diundang sebagai pemudahcara (fasilitator) bersempena dengan Kursus Pemantapan Urus Tadbir Pengurusan Zakat, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB) pada 25 hingga 30 November 2023 bertempat di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Fasilitator bersempena dengan kursus JUZWAB diketuai oleh Ybrs Dr Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi dan Baitul Mal dan Encik Mohd Rozaini bin Jumali, Pengarah Bahagian Strategik, Teknologi Maklumat & Komunikasi Korporat. Manakala PKZ Pahang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman (Pengurus Zon Timur, PKZP) telah menyampaikan taklimat operasi dakwah terkini kutipan zakat dan pengalaman operasi kutipan zakat di negeri Pahang kepada 67 kakitangan JUSWAB.
Di antara topik menarik yang dikongsikan sepanjang 5 hari bertugas sebagai pemudahcara adalah berkaiatan dengan Pelan Strategik Kutipan & Agihan Zakat melalui Tranformasi Digital, Persidangan meja bulat bersama service providers dan institusi perbankan, dan Perbincangan Jawatankuasa Kerjasama antara 2 negara.
Selain daripada itu, Deligasi Fasilitator MUIP & PKZ juga diraikan melalui Kunjungan Muhibbah & Jamuan Makan Malam bersama Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Yang Mulia, Pengiran Dato’ Seri Paduka Haji Mohamad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.
MUIP & PKZ Pahang merakamkan jutaan terima kasih di atas undangan fasilitator kursus kepada Tuan Haji Hardifazilah bin Haji Mohd Saleh, Pemangku Pengarah JUSWAB merangkak Pengarah Perundangan Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei dan juga Tuan Haji Ariffin bin Dato’ Paduka Haji Abu Bakar, Pemangku Penolong Pengarah JUSWAB.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
