KUTIPAN ZAKAT 2023 MENINGKAT 4.0%

Kuantan, 1 Februari 2024 – Alhamdulillah hasil kutipan zakat harta pada tahun 2023 telah berjaya meningkat sebanyak hampir RM10 juta berbanding tahun 2022. Bagi tahun 2023, kutipan zakat harta bagi seluruh negeri Pahang adalah sebanyak RM215.1 juta. Ini bermaksud berlakunya peningkatan sebanyak RM8.2 juta (4.0%) berbanding kutipan tahun 2022 iaitu sebanyak RM206.9 juta. Dari segi bilangan pembayar, jumlah pembayar yang membayar zakat harta sepanjang tahun 2022 adalah seramai 98,616 orang.

Penyumbang terbesar bayaran zakat harta adalah daripada zakat pendapatan dan sumbangan daripada hasil potongan gaji penjawat awam dan swasta. Sebanyak RM109.7 juta telah diterima melalui kategori zakat pendapatan dengan bilangan pembayar seramai 83,370 orang. Amaun kedua terbesar adalah diterima daripada kategori zakat perniagaan yang meliputi badan-badan korporat serta lain-lain perniagaan. Jumlah yang diterima daripada kategori ini adalah sebanyak RM77.3 juta. Seterusnya diikuti dengan kategori zakat Wang Simpanan dengan jumlah sebanyak RM24.2 juta.

Bagi tahun 2024, dengan pelbagai pelan strategik yang akan dirancang Pusat Kutipan Zakat Pahang berkeyakinan untuk menggapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM230 juta dan sasaran pembayaran seramai 105,000 orang.

‘TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT’

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial