KUALA LUMPUR, 6 Disember 2023 – Pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi perkongsian gerak kerja kempen zakat antara dua negeri. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim. Turut sama dalam kunjungan tersebut adalah beberapa orang Ketua Bahagian dan Pengurus Zon PKZ Pahang.
Rombongan PKZ Pahang telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad bin Hassan, Pengurus Besar Operasi Luar PPZ, Encik Fahmi bin Ismail dan beberapa pegawai kanan PPZ di pejabat PPZ-MAIWP Kuala Lumpur.
Tujuan lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk berkongsi Strategi Promosi Kutipan Zakat dan penggunaan Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP.
PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada PPZ-MAIWP di atas kesudian menerima kunjungan pihak PKZ Pahang dan berharap agar pertemuan dan perkongsian ini dapat membina jaringan kerjasama strategik baharu di antara kedua-dua institusi zakat.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
