Kuala Lumpur, 25 MEI 2023 – Pada hari Khamis lalu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengadakan Majlis Apresiasi IKIM 2023 yang bertujuan untuk memberikan penghormatan dan penghargaan kepada rakan media dan rakan kolaborasi segmen dan salah satunya ialah Pusat Kutipan Zakat Pahang. Wakil dari Pusat Kutipan Zakat Pahang yang menghadiri majlis tersebut ialah Encik Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pemasaran PKZ Pahang, Puan Wan Nor Mazuani Binti Wan Mokhtar, Ketua Unit Media PKZ Pahang dan Panel tetap serta panel khas siaran MOH TARANUM IKIM iaitu Ustaz Muhammad Izzan Bin Idris dan Ustaz Muhammad Azli Bin Abdullah.
Siaran MOH TARANUM yang disiarkan di IKIM.FM sudah memasuki musim kedua dah telah mempunyai pengikut yang tersendiri dalam siaran ini. Disamping mengajak masyarakat suka kepada Al-Quran, konten-konten zakat juga diselitkan secara tidak langsung agar maklumat berkenaan zakat dapat disebarkan secara menyeluruh. Mengikut rekod seramai 300 ribu pendengar di pantai timur mengikuti segmen ini setiap hari Khamis pukul 3.15 petang.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sajian IKIM, Kuala Lumpur dihadiri oleh sejumlah rakan kolaborasi media yang terkemuka, pemimpin agama, serta tokoh masyarakat yang banyak memberi inspirasi dan motivasi di siaran radio IKIM.FM. Majlis tamat pada pukul 5.00 petang dan semua tetamu mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Ketua Pengarah IKIM iaitu Ybhg. Profeser Madya. Mohamed Azam dan kemudian bersurai.
PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada IKIM di atas kesudian bekerjasama dengan pihak Pusat Kutipan Zakat Pahang dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Wan Nor Mazuani bin Wan Mokhtar
Ketua Unit Media Sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang