Majlis Iftar Bersama Agensi Terpilih

KUANTAN, 10 Mac 2025 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama Agensi Terpilih di Akar Kopi Batu 11, Jalan Gambang.

Tujuan program ini untuk perkongsian dua hala berkenaan zakat dan wakaf serta sebagai medium menyampaikan maklumat zakat dan wakaf kepada umum. Antara agensi yang terlibat adalah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, CIDB Negeri Pahang, Hub Usahawan Belia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), SME Corporation Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Pahang, Ghaz & Husna Associates (PESAZA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Pahang (AIM).

Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga mengukuhkan lagi kerjasama antara agensi-agensi terlibat dalam menyebarkan kesedaran tentang pentingnya zakat dan wakaf dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen Binti Mohamad Razali
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial