MAJLIS PELANTIKAN PENGURUS BESAR PUSAT KUTIPAN ZAKAT DAN WAKAF PAHANG

KUANTAN, 2 Januari 2025 – Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman sebagai Pengurus Besar baharu, berkuat kuasa 2 Januari 2025 (2 Rejab 1446H).

Majlis pelantikan ini telah diumumkan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Dalam ucapannya juga, beliau berharap dengan pelantikan ini ianya dapat memacu Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang supaya terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Ini selaras dengan hasrat MUIP yang ingin memaksimumkan kutipan zakat dan jumlah bilangan pembayar zakat di negeri Pahang. Sebagai rekod, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman telah berkhidmat selama 25 tahun di Pusat Kutipan Zakat dan memangku pelbagai jawatan.

Majlis pelantikan yang diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang ini turut dihadiri oleh, YBrs. Tuan Khairuddin Bin Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Dan Dasar MUIP, Haji Che Samsol Bin Ibrahim Timbalan Pengurus Besar PKZ, Dr Mohd Syakir Bin Haji Mohd Taib Timbalan Pengurus Besar Wakaf Pahang, pihak pengurusan tertinggi Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang serta seluruh kakitangan yang sama-sama dalam majlis tersebut.  

Kami seluruh warga Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengharapkan semoga dengan pelantikan Tuan Haji Mohd Azmi Bin Haji Othman ini, dapat membawa kecemerlangan dan keberkatan dalam usaha memartabatkan zakat dan wakaf di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial