MAJLIS PENUTUP BULAN ZAKAT DAN WAKAF PAHANG 2023

PAHANG, 22 Mac 2023 – Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang telah mengisytiharkan bulan Syaaban sebagai Bulan Zakat Dan Wakaf Peringkat Negeri Pahang. Sepanjang program ini berlangsung PKZ Pahang telah menganjurkan lebih 150 program bagi mempromosikan zakat dan wakaf Pahang kepada pelbagai lapisan masyarakat. Antara program yang berjaya dianjurkan adalah program Street Dakwah, Seminar Madrasah, Seminar IPT, My Felda, program CSR, program Jalinan Kasih LPT 1 dan lain-lain program. Objektifnya adalah bertujuan untuk mempertingkatan kesedaran kewajipan berzakat dan amalan berwakaf di kalangan masyarakat khususnya di negeri Pahang.

Majlis Penutup Bulan Zakat Dan wakaf telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang merangkap Pengerusi Panel Syariah Zakat dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Haji Md Zin bertempat di Bilik Seminar Pusat Kutipan Zakat Dan wakaf Pahang.

Sepanjang program ini berlangsung seramai 1,015 orang telah membuat bayaran zakat dan wakaf di kaunter disediakan dengan jumlah bayaran sebanyak RM169,293.37. Manakala seramai 401 orang turut membuat potongan gaji zakat dan wakaf dengan amaun potongan sebanyak RM17,789.54 sebulan.

Di dalam majlis penutup ini juga telah diumumkan 3 kategori anugerah iaitu Anugerah Aktiviti Terbanyak, Anugerah Kutipan Zakat Terbaik dan Anugerah Kutipan Wakaf Terbaik. Bagi Anugerah Aktiviti Terbanyak telah dimenangi oleh PKZ Zon Tengah dengan jumlah aktiviti yang diadakan sebanyak 52 aktiviti daripada 159 aktiviti keseluruhan. Manakala Anugerah Kutipan Zakat Terbaik telah dimenangi oleh PKZ Zon Timur dengan seramai 51 orang pembayar kaunter dan 50 orang pembayar potongan gaji dengan jumlah bayaran sebanyak RM83,987.50 . Anugerah Kutipan Wakaf Terbaik pula telah dimenangi oleh PKZ Zon Barat dengan prestasi seramai 222 orang pembayar kaunter dan 60 orang pembayar potongan gaji dengan amaun potong gaji RM12,015 sebulan.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh kakitangan PKZ Pahang, para pembayar dan masyarakat yang terlibat dalam menjayakan program yang diadakan sepanjang Bulan Zakat Dan Wakaf ini.  Adalah diharapkan program dijalanakan mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan berwakaf di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial