Alhamdulillah, satu lagi inisiatif besar telah dilaksanakan! Seramai 58 orang anak-anak asnaf cemerlang telah menerima bantuan pembiayaan PTPTN berjumlah RM 734,795.90.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Azmi Bin Othman, Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang.

Semoga bantuan ini menjadi pembuka jalan untuk anak-anak asnaf ini mencapai impian mereka dan berjaya dalam bidang akademik serta memberi manfaat kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua pembayar zakat Negeri Pahang.

Gallery Item one
Gallery Item three
Gallery Item two
Gallery Item four
Gallery Item five
Gallery Item six
Gallery Title Here