BAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI BULAN DISEMBER 2024

Untuk makluman tarikh akhir Pusat Kutipan Zakat Majlis Ugama Islam Pahang (PKZMUIP) memproses bayaran zakat melalui potongan gaji tahun 2024 adalah pada 10hb. Januari 2025 (JUMAAT).

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama tuan/puan supaya memastikan bayaran zakat bagi bulan Disember 2024, bonus atau bulan-bulan sebelumnya (jika ada) dihantar dan diterima oleh pihak kami sebelum atau pada 10 Januari 2025. Sekiranya bayaran tidak diterima oleh pihak kami pada tarikh tersebut, maka bayaran bagi potongan gaji bagi tahun 2024 yang belum diterima akan diproses pada tahun 2025.

Diingatkan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya akan memberi rebat tahun 2024 bagi zakat yang dibayar dalam tahun tersebut sahaja.

Bayaran zakat hendaklah dibuat melalui mana-mana kaedah seperti berikut: –

  1. Deposit cek atas nama “Majlis Ugama Islam Pahang” melalui kaunter atau mesin deposit Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau

  2. Pindahan wang ke dalam akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (No. Akaun: 1101112861)

Bukti pembayaran (slip deposit/nombor rujukan pindahan wang) beserta maklumat pembayar HENDAKLAH diemel kepada: –

  • datapzb@zakatpahang.my (utama)

  • bpg@zakatpahang.my (c.c.)

Sebarang kekeliruan dan kemusykilan boleh menghubungi En. Mohamed Fuad, Cik Sofia Tasnim atau Pn. Nur Nazatul Farizad di talian 09-5131515 atau Whatsapp ke 01158770944.

Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.