KUANTAN, 26 Oktober 2023 – Pusat Kutipan Pahang Zon Timur telah menganjurkan Program My Kampung dengan kerjasama Felda Lepar Hilir 3, Kuantan dan rakan strategik 15 agensi bertempat di Dewan Semai Bakti pada 25 -26 Oktober yang lalu.
Program My Kampung kali ini berlangsung dengan kolaborasi bersama rakan strategik yang terdiri daripada 15 agensi lain memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Objektif My Kampung adalah untuk meningkatkan kesedaran berzakat (PZF) dan berwakaf kepada warga felda dan orang ramai disamping mengadakan aktiviti yang bersesuaiaan sebagai tarikan.
Di antara aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan bermula dengan Kuliah Suboh, Kuliah Dhuha, Perkhidmatan kaunter agensi, Jualan Rahmah, Demonstrasi Jabatan Bomba, Pertandingan Mewarna dan Azan, Taklimat agensi-agensi, Sukan Rakyat seperti bowling kelapa, basikal dan motorsikal lambat, Futsal, Kunjungan Hormat Peniaga dan juga Ceramah Perdana oleh YH SS Dato’ Haji Badli Shah bin Alauddin (Timbalan Mufti Negeri Pahang) dan majlis Perasmi penutup Oleh YH Dato Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar



Perasmian penutup oleh YB Dato Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar bersama Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang. Sepanjang program My Kampung, PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat daripada 9 pembayar berjumlah RM7,525 dan beberapa borang potongan gaji.
Secara keseluruhannya, agensi yang terlibat berpuas hati dengan penganjuran program my kampung ini d isamping menyarankan agar pengisian program oleh selebriti semasa pameran kaunter perlu diadakan.
PKZ Pahang merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Felda Lepar Hilir 3, En Mohd Sanusi bin Mohd Ali, Pengerusi JKKR En Rosli bin Samad, Pengerusi Masjid Ubbudiah, Pengerusi GPW dan semua warga Gugusan Lepar yang memeriahkan my kampung.
Ucapan terima kasih juga kepada 15 agensi yang terdiri daripada KPDN (Jualan Rahmah, Jabatan Bomba & Penyelamat, JPJ, KPJ, Amanah Raya Berhad, KWSP, Lembaga Tabung Haji Negeri Pahang, Amanah Saham Nasional, BSN Takaful, Pejabat Tanah Daerah Kuantan, Majlis Ugama Islam Pahang (Cawangan Kuantan), AKPK, Takaful Malaysia, Bank Muamalat dan Sekolah LKTP Lepar Hilir 3 atas segala kerjasama yang diberikan.
Disediakan oleh:
Mohd Nadhir Syafiq bin Ramli
Penolong Pengurus Zon Timur