CAMERON HIGHLANDS, 04 DISEMBER 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah melangsungkan program Operasi Zakat Perniagaan selama dua hari, bermula 3 hingga 4 Disember 2024. Program ini telah berjaya mencapai matlamat utama iaitu untuk memberi pendedahan kepada peniaga baru di daerah ini mengenai kewajipan zakat dan wakaf. Program ini juga bertujuan untuk memudahkan peniaga melunaskan zakat perniagaan mereka dengan cara yang lebih efisien, terutamanya melalui potongan bulanan dan transaksi perbankan dalam talian.
Program ini telah melibatkan 5 orang pegawai dari PKZ Zon Barat iaitu En Rosdi Bin Razali (PKZ Lipis), En Hishamuddin Bin A. Hamid (PKZ Raub), En Hairul Nain Bin Mkhatar (PKZ Raub), En Muhammad Syahir Bin Ali Bakti (PKZ Raub) dan En Mohamad Badrulnizam Bin Borhan (PKZ Raub). Dalam program ini, PKZ Pahang telah berjaya menziarahi seramai 28 peniaga dari pelbagai jenis perniagaan seperti kedai makan, food truck dan pemilik homestay. PKZ Pahang juga berjaya mengutip zakat perniagaan sebanyak RM6,275.00. Para peniaga turut meluahkan rasa gembira kerana proses pembayaran zakat mereka dipermudahkan.



Pihak PKZ Pahang berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan kesedaran dan kemudahan dalam pembayaran zakat kepada lebih ramai peniaga di seluruh negeri.
Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen binti Mohamad Razali
Pelatih Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang