OPS BARAKAH DI IPK PAHANG DAN LYNAS MALAYSIA

KUANTAN, 15 April 2025 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZWP) Cawangan Kuantan telah mengadakan program kempen kesedaran zakat dan wakaf terhadap kakitangan Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang (IPK) dan Lynas Malaysia. Program taklimat dan kaunter ini telah berlangsung selama setengah hari dengan penyertaan lebih lebih 200 orang kakitangan.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan bilangan potongan zakat berjadual di kalangan kakitangan dan mempromosikan kesedaran berwakaf. Taklimat zakat di Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang (IPK) telah disampaikan oleh En Wan Mohd Napi Bin Wan Sulaiman manakala taklimat zakat di Lynas Malaysia telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Amran Bin Abd Hamid dimana taklimat tersebut menerangkan berkenaan kewajipan zakat dan kaedah pengiraan zakat.

Respon yang sangat positif diterima daripada program ini, di mana seramai 53 potongan zakat baru di terima manakala 22 orang telah membuat penambahan potongan di dalam potongan zakat dan wakaf secara bulanan dan sebahagiannya membuat bayaran secara tunai.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap ibadah zakat dan wakaf yang telah dikeluarkan oleh mereka dan menjadikan zakat mereka sebagai pembersih harta serta memberkati seluruh kakitangan Lynas dan IPK Pahang. Amin.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial