CHINI, 21 Ogos 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Timur telah mengadakan satu program “Ops Bisnes”. Program ini dilaksanakan secara berkumpulan yang melibatkan seramai 11 orang kakitangan dari Zon Timur yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan tersebut akan ditentukan kawasan perniagaan atau premis untuk mereka kunjungi. Peniaga yang sudah mempunyai rekod bayaran di PKZ, mereka akan didaftarkan ke dalam direktori Bizzakat manakala bagi peniaga yang belum pernah membayar zakat, petugas PKZ Pahang akan membuat kiraan dan memberi penerangan agar peniaga tersebut menjadi pembayar zakat.



Program yang berlangsung selama 2 ini telah mencapai sasaran ditetapkan iaitu membuat kunjungan terhadap 60 premis perniagaan. Sepanjang program ini dijalankan PKZ Pahang telah memperoleh 14 orang pembayar baru dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM 65,000.00. Ops Bisnes yang dijalankan bertujuan bagi membantu dan memudahkan urusan para peniaga yang tidak berkesempatan ke pejabat PKZ untuk menunaikan ibadah zakat perniagaan mereka. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan memberi panduan bagaimana mengira zakat perniagaan kepada para peniaga.
Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kaedah pembayaran zakat perniagaan. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran terhadap zakat yang telah dikeluarkan oleh para peniaga dan memberkati segala harta mereka yang masih tinggal.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang