PEMBANTU PERIBADI PENGURUS BESAR KANAN PKZ PAHANG BERSARA DARIPADA PERKHIDMATAN

KUANTAN, 1 Januari 2024 – Setelah hampir daripada 20 tahun berkhidmat di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), Pembantu Peribadi Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, Puan Faridah binti Ishak menamatkan perkhidmatan terakhir beliau pada Jumaat lalu.  Puan Faridah disifatkan sebagai seorang yang sangat dedikasi, peramah, proaktif dan bertanggung jawab atas setiap tugas yang diamanahkan.

Majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan pada minggu terakhir perkhidmatannya iaitu pada hari Jumaat, 29 Disember 2023 di Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang, Kuantan. Dalam kesempatan yang ada, beliau berpesan kepada pegawai-pegawai muda yang masih berkhidmat agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, menjaga nama baik PKZ Pahang dan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Seluruh warga kerja PKZ Pahang mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau.

 

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial