KUANTAN, 3 JANUARI 2023 – Sempena kehadiran tahun baru, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah menerima seramai empat orang kakitangan baru setelah melalui sesi temuduga yang telah dijalankan di pertengahan November 2022 lalu. Pengambilan kakitangan baru untuk kali ini, dua orang daripada mereka telah ditempatkan di PKZ Cawangan Kuantan iaitu Muhammad Kamil bin Abdul Hamed (Pembantu Pegawai Zakat) dan Mohd Hanafi bin Zamri (Pemandu) manakala dua orang lagi telah ditempatkan di Bahagian Pemasaran Ibu Pejabat PKZ Pahang iaitu Mohd Yussof Lutfi bin Azahar (Unit Bizzakat) dan Syed Muhammad Ashraff bin Syed Nasruddin (Unit Penaksir Sah Zakat).

Diharapkan dengan kehadiran kakitangan baru ini di dalam PKZ Pahang, mampu menjadikan PKZ Pahang lebih maju dan efisien dalam usaha memberi kesedaran tentang kepentingan kewajipan berzakat kepada umat Islam di negeri Pahang
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang