PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD (KPFB) BERJUMLAH RM21,823.56 KEPADA PKZ PAHANG

KUANTAN, 2 Mac 2026 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menerima penyerahan zakat daripada Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB) berjumlah RM21,823.56 bagi tahun 2025 dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PKZ Pahang.

 

Penyerahan zakat tersebut telah diterima oleh Tuan Haji Che Samsol bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Besar PKZ Pahang, bersama barisan pengurusan PKZ Pahang yang turut hadir iaitu Encik Zafridan bin Mohd Daud (Ketua Bahagian Pemasaran), Encik Zainal bin Man (Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat), Puan Noraidah binti Mustaffa (Penolong Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat) serta Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir (Pembantu Pegawai Zakat 1, Bahagian Korporat).

Delegasi KPFB pula diketuai oleh Dato’ Sabari bin Misran (Pengerusi) bersama Hj. Jamalukhair bin Mohd Rashid (Ahli Lembaga Koperasi), En. Shahran bin Yunus (Ketua Pegawai Eksekutif), Puan Fatin Izzati binti Kamsani (Pegawai Perhubungan Awam), Puan Noor Syazalina binti Abd Rani (Pentadbiran) dan En. Muhamad Firdaus bin Mohd Fadzilah (Pengurus Negeri).

 

PKZ Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPFB atas komitmen berterusan dalam menunaikan kewajipan zakat melalui institusi zakat negeri. Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu golongan asnaf yang layak serta memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah di Negeri Pahang.

 

Disediakan oleh,
Nur Aina Arisha Binti Asmadi
Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial