KUANTAN, 28 September 2023 bersamaan 12 Rabiulawwal 1445 Hijrah –Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah menyertai Perbarisan Dan Sepanduk sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 2023. Sebanyak empat puluh enam (46) penyertaan daripada dua (2) kategori iaitu jabatan Kerajaan/badan berkanun/swasta dan NGO/sekolah/IPT telah memeriahkan sambutan pada kali ini. Perarakan Sepanduk dan Selawat telah bermula dari Ibu Pejabat Bomba negeri Pahang dan berakhir di Dewan Sukpa Bandar Indera Mahkota.
Majlis Maulidur Rasul kali ini dengan Tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani” telah disempurnakan oleh YAM Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku wakil rasmi Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut menyampaikan Anugerah kepada Tokoh Maulidur Rasul 1445H kepada mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang iaitu YH Dato’ Haji Abdul Manan bin Abdul Rahman. Tokoh Daie telah dianugerahkan kepada Allahyarham Ustaz Sha’ari bin Abdul Rahman mantan Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera, Maran dan Muadzam Shah manakala Anugerah Tokoh Ummah telah dianugerahkan kepada Allahyarham Ustaz Ahmad Raffli bin Abdul Malek, mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang.
Hadir sama di dalam majlis tersebut adalah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan ahli-ahli Majlis Mesyauarat Kerajaan negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
