KUANTAN, 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawwal 1446 Hijrah –Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah menyertai Perbarisan Dan Sepanduk bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/NGO sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Majlis Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang pada tahun ini telah melibatkan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al Haj.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyampaikan anugerah kepada Tokoh Maulidur Rasul 1446H kepada mantan Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah iaitu Allahyarham Dato’ Haji Abdul Razak bin Abu. Anugerah Daie telah dianugerahkan kepada Encik Mohd Khairuddin bin Abdullah merupakan pendakwah bebas manakala Anugerah Ummah telah dianugerahkan kepada YH Dato’ Ahmad Faizul bin Haji Ghazali Al-Hafiz yang merupakan Johan Qari Antarabangsa 2003 dan Anugerah Pendidikan telah dianugerahkan kepada Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang.



Hadir sama di dalam majlis tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Haji ahmad Hairi bin Hussain.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang