PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG (PSKP) TUNAI ZAKAT

GENTING HIGHLANDS, 20 Oktober 2022 (Khamis) – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSKP) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM 4,000,000.00 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (PKZ – MUIP) dalam majlis serahan zakat perniagaan sempena Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bertempat di Bilik Mesyuarat Hotel Awana Genting Higland, Pahang.

Dalam majlis serahan zakat tersebut, YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah menyerahkan zakat perniagaan kepada YH Dato’ Haji Halidan Bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang sambil disaksikan oleh Jawatankuasa Pengurusan PSK YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak.

Pihak PKZ Pahang mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang kerana melaksanakan ibadah zakat perniagaan mereka sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam.

Mohd Abdul Khaliq Bin Mohd Nazir
Penolong Pegawai Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial