PETALING JAYA, 18 Ogos 2025 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Negeri Pahang hari ini mengadakan kunjung hormat ke Menara Sime Darby, Ara Damansara, Selangor dalam usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama Sime Darby Berhad. Delegasi PKZ diketuai oleh Profesor Dr. Hasan bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah PKZ, turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Timbalan Pengurus Besar, Haji Che Samsol bin Ibrahim, serta Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat, En. Zainal bin Man.



Bagi pihak Sime Darby, pertemuan turut dihadiri oleh Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad dan Encik Muhammad Noor Abd Aziz, Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Pertemuan yang berlangsung di Boardroom 2, Menara Sime Darby pada jam 10.00 pagi ini memberi fokus kepada potensi penyaluran zakat oleh Sime Darby di Negeri Pahang, selain membincangkan kerjasama dalam memperluas manfaat zakat kepada golongan asnaf.
PKZ optimis bahawa perbincangan ini akan membuka lembaran baharu dalam pengukuhan kerjasama bersama Sime Darby, sekali gus menyokong agenda pembangunan sosial serta kesejahteraan masyarakat di Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
