KUANTAN, 19 Januari 2023 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah melaksanakan satu program yang dihadiri seramai 23 orang ahli Hub Usahawan Negeri Pahang yang diketuai oleh Puan Nurliana selaku urusetia Hub. Puan Nurliana atau lebih dikenali sebagai Sis Lia juga merupakan Tokoh Belia Negara 2020. Peserta yang terlibat bukan sahaja dari daerah Kuantan bahkan mewakili beberapa daerah seluruh Pahang
Program ini bermula dengan ucapan aluan Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang, YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud. Menurut beliau, objektif program adalah untuk mendekatkan usahawan di Negeri Pahang khususnya yang belum membayar zakat untuk mendapat info secara langsung berkenaan kelebihan menjadi pembayar zakat di Negeri Pahang.
Di dalam program ini juga turut diselitkan penerangan berkenaan direktori BizZakat dan Zakat Perniagaan yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pemasaran, Encik Zafridan Bin Mohd Daud. Dalam taklimat tersebut juga, peserta diberi peluang untuk berkongsi idea serta pandangan bagi menambahbaik aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Program seumpama ini akan diperluaskan ke daerah-daerah lain bagi memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang ilmu zakat perniagaan dan kelebihan BizZakat kepada para usahawan.
Diharapkan program ini mampu memberi impak yang baik kepada semua peniaga di Negeri Pahang untuk memahami kefardhuan zakat perniagaan dan seterusnya menjadi pembayar zakat pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Muhd Yusoff Lutfi bin Azahar
Pembantu Pegawai Zakat
Bahagian Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang