JERANTUT, 24 Oktober 2025 – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM27,416.01 pada hari ini.
Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Nazilah Abd Latif Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Jerantut, antara yang hadir bersama adalah Dato’ Jalaluddin Ghazali, Dato’ Khatijah Mohd Said, Wan Albanhizam Wan Basri, Nasaruddin Kamaluddin, Radziah Mohd Rozali, Mohd Fikri Sapeni, Muhamad Arif Burhanuddin serta Pengurus Besar PPK Jerantut Mohd Shaiful Izwan Mohd Shaidan bagi menyampaikan pembayaran zakat perniagaan.
Menurut Dato’ Nazilah, pembayaran zakat perniagaan ini merupakan komitmen berterusan PPK Jerantut dalam melaksanakan kewajipan sebagai organisasi Islam yang prihatin terhadap tanggungjawab sosial dan keagamaan. Beliau turut menyatakan harapan agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu golongan asnaf serta memperkasakan ekonomi umat Islam di negeri Pahang.
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPK Jerantut atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan. Sumbangan zakat perniagaan seperti ini amat bermakna dalam memperkukuh dana zakat bagi membantu asnaf melalui pelbagai program pembangunan ekonomi, pendidikan dan kebajikan.
Kami menyeru lebih banyak agensi dan syarikat korporat di daerah Jerantut agar mencontohi langkah PPK Jerantut dengan menunaikan zakat perniagaan masing-masing bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat Islam di negeri ini.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang
