PKZ MENYERTAI KEJOHANAN BOLING PIALA BENDAHARI UMPSA

KUANTAN, 23 November 2024 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah memenuhi jemputan dari Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menyertai Kejohanan Boling Piala Bendahari UMPSA. Kejohanan yang melibatkan pelbagai agensi seperti Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Masjid Negeri, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), serta beberapa bank disekitar daerah Kuantan. Kejohanan ini diadakan di Megalanes Megamall, Kuantan.

Dalam kejohanan tersebut, PKZ Pahang telah menghantar seramai 4 orang pemain yang terdiri daripada Pengurus Zon Timur, Ustaz Felza Zulrrafaaee Bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai ICT PKZ Pahang, Encik Muhd Fakhrur Razi Bin Shaharudin, Penolong Pegawai Korporat PKZ Pahang, Puan Noraidah Binti Mustaffa dan Pembantu Pegawai Bahagian Pentadbiran PKZ Pahang Encik Muhamad Nasrullah Bin Mohd Nazari. Dalam kejohanan tersebut PKZ Pahang telah mencatatkan kedudukan ke-5 daripada 13 pasukan yang bertanding. Kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk beraksi dalam sukan boling, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai agensi di negeri Pahang.

Penyertaan PKZ Pahang dalam kejohanan ini diharap dapat memberi manfaat serta pengalaman berharga kepada para pemain dan seterusnya memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta dalam memajukan sukan di negeri ini.

Disediakan oleh,
Nur ‘Addneen binti Mohamad Razali
Pelatih Bahagian Korporat
Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Kongsikan di media sosial