Kuantan, 04 Julai 2024 – Dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang, telah menjadi rutin tahunan PKZ Pahang akan diaudit oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi memenuhi kelayakan persijilan ISO 9001:2015 (Pengurusan Kualiti Kategori Perkhidmtan) dan MS 1900:2014 (Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah). Skop pengauditan adalah berkaitan Pengurusan Kutipan Zakat Harta.
Bagi tahun ini, proses audit dari SIRIM QAS dilaksanakan selama dua hari bermula 01- 03 Julai 2024 yang melibatkan semua bahagian di Ibu Pejabat PKZ, pejabat Raub, Jengka dan Rompin. Kumpulan auditor telah diketuai oleh Encik Mohd Hisyam bin Mahadi dan diiringi Pakar Teknikal Syariah, YBhg Dr. Mohd Nazri bin Mohd Nor serta dua orang auditor lain. Melalui audit ini, PKZ Pahang berjaya mengekalkan keputusan untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) direkodkan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa PKZ sangat komited memberi perkhidmatan kutipan zakat harta yang berkualiti kepada masyarakat Islam negeri Pahang malahan pengurusannya secara keseluruhan mematuhi kehendak Syarak.
Semoga dengan penganugerah sijil ini, akan memantapkan lagi sistem perkhidmatan yang disediakan oleh PKZ Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang