PKZ PAHANG TERIMA RM3.18 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN DARIPADA 15 AGENSI KORPORAT

KUANTAN, 23 Disember 2025 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menerima penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM3,185,441.52 daripada 15 agensi dan syarikat korporat dalam satu Majlis Serahan Zakat dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Rakan Strategik yang berlangsung di Mana-Mana Cafe, Kuantan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), serta diiringi oleh Ybrs. Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang.

Selain penyerahan zakat perniagaan, majlis ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKZ Pahang dan rakan strategik sebagai usaha memperkukuh jaringan kutipan zakat serta meningkatkan kecekapan tadbir urus zakat di Negeri Pahang.

PKZ Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar zakat atas komitmen serta kepercayaan berterusan terhadap institusi zakat negeri. Sumbangan zakat ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu golongan asnaf yang layak serta menyokong pembangunan sosioekonomi ummah secara berterusan.

Disediakan oleh,
Che Nurin Nabilah Binti Che Duhall
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial