KUANTAN 09 October 2022 bersamaan 12 Rabiulawwal 1444 Hijrah –Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah memperoleh tempat ke 3 didalam Perbarisan Dan Sepanduk bagi kategori Badan Berkanun/Swasta/NGO sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuantan. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud selaku Pengurus Besar Kanan dan diiringi Ketua Bahagian Dakwah Ustaz Felza Zulrafaaee bin Abd. Hamid mewakili PKZ Pahang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh YAM Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku wakil rasmi Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
YAM Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut menyampaikan Anugerah kepada Tokoh Maulidur Rasul 1444H kepada pendakwah bebas terkenal yang berasal dari Jerantut iaitu Ustaz Zul Ramli bin Razali. Tokoh Daie telah dianugerahkan kepada Tuan Haji Roslan bin Mohd Saludin manakala Anugerah Tokoh Ummah telah dianugerahkan kepada Maulan Cik Wan Hilmy bin Wan Mohamed.
Hadir sama di dalam majlis tersebut termasuk Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman serta Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang