Potongan Zakat berjadual
Potongan Zakat Berjadual (PZB) merupakan satu kemudahan kepada pembayar zakat membayar zakat secara tolakan gaji.
Jika ingin membuat potongan zakat sila isi borang pada pautan di bawah. Jika memilih untuk mengisi borang secara manual borang potongan gaji hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan Pusat Kutipan Zakat Pahang berhampiran untuk diproses.
Apa yang perlu dilakukan oleh Majikan
Bayaran
Bayaran zakat hendaklah dibuat melalui mana-mana kaedah seperti berikut:
a) Deposit cek atas nama Majlis Ugama Islam Pahang melalui kaunter atau mesin deposit Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau
b) Dikredit terus ke dalam akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (No. Akaun: 1101112861)
Bukti pembayaran (slip deposit / nombor rujukan pindahan wang) berserta maklumat pembayar HENDAKLAH diemel kepada:
datapzb@zakatpahang.my (utama)
pzpahang@hotmail.com (c.c.)
Hantar Maklumat Kakitangan
Maklumat yang perlu dihantar:
1. Senarai Nama
2. No. IC
3. Amaun Zakat
4. Bukti Bayaran
Maklumat perlu dihantar kepada PKZ melalui:
a) Sistem e-Majikan PKZ Pahang sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan ; atau
b) Email – datapzb@zakatpahang.my (utama) / bpg@zakatpahang.my (c.c.) ; atau whatsapp ke 011-587 709 44 atau;
c) Pos atau Serahan tangan (by hand) sebelum 10 haribulan setiap bulan ke alamat :-
Bahagian Potongan Gaji,
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang Darul Makmu
Berhenti Potongan Zakat Berjadual
Sekiranya ingin berhenti membuat bayaran zakat melalui tolakan gaji sila isi borang di bawah.
Terima kasih kerana telah menunaikan zakat di Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Boleh juga muat turun borang berhenti potongan di bawah dan hantar ke Pejabat Pusat Kutipan Zakat berhampiran.