Latarbelakang PKZ
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) adalah sebuah agensi milik penuh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Pada tahun 1993, MUIP telah memutuskan agar operasi kutipan zakat dilaksanakan secara korporat dan berstruktur tanpa terikat dengan karenah birokrasi serta melaksanakan kempen kesedaran zakat secara inovatif, proaktif dan sistematik. Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 02 Januari 1996 dengan kapisiti 9 orang kakitangan.
Tujuan utama PKZ Pahang ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan kutipan zakat harta di negeri Pahang melalui kempen dakwah zakat yang efisien dan sistematik dengan menggunakan kaedah terkini kepada masyarakat Islam di Negeri Pahang. Di samping itu juga PKZ Pahang turut menyediakan saluran pembayaran yang pelbagai, praktikal dan terkini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat.
Pada tahun pertama PKZ Pahang beroperasi (1996), sebanyak RM5.4juta telah berjaya dikutip iaitu peningkatan sebanyak 168.4% berbanding kutipan tahun 1995 iaitu RM1.9juta. Sejak dari mula beroperasi, PKZ Pahang telah menggunakan teknologi komputer sepenuhnya bagi menyampaikan perkhidmatan yang efisien dan diyakini. Hasil daripada pelan pemasaran yang yang agresif dan tersusun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat maka kutipan zakat telah berjaya ditingkatkan dari tahun ke tahun.
Visi
Menjadi institusi zakat yang cemerlang dan berwibawa ke arah membangunkan sosio ekonomi ummah.
Misi
Memaksimumkan kutipan dan bilangan pembayar zakat melalui:
- Melaksanakan pendekatan dan kaedah kutipan zakat secara profesional, efisien dan sistematik berlandaskan hukum syarak.
- Memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan zakat kepada umat islam melalui penyebaran info zakat dan program penerangan yang berterusan.
- Menyediakan kemudahan saluran pembayaran zakat yang pelbagai, terkini serta sistematik bagi memudahkan urusan bayaran zakat.
- Mengutamakan elemen kreatif dan inovatif dalam pengurusan zakat melalui penyelidikan dan pembangunan (P&P), sistem penyampaian yang berkesan serta aplikasi teknologi terkini.
- Sentiasa responsif dan mengadaptasikan perkembangan ICT ke arah perkhidmatan berkualiti dan efektif.
Piagam Pelanggan
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, bertanggungjawab, amanah, cekap dan mesra kepada pelanggan-pelanggan kami di samping mewujudkan persekitaran kondusif berdasarkan Ilmu, Iman, Amal, dan Ehsan.
Kami juga bersedia untuk:
- Menyelesaikan permasalahan zakat anda dengan segera
- Memastikan anda berurusan dengan selesa dan dihormati
- Membuat taksiran dan memproses bayaran zakat anda
- Menjamin kerahsiaan maklumat anda
- Mengingatkan haul zakat anda
- Memenuhi setiap jemputan untuk perbincangan, taklimat dan penerangan zakat pada bila-bila masa
- Menerima teguran dan cadangan anda
- Memperbaiki perkhidmatan dari masa ke semasa
- Menjaga sahsiah dan akhlak serta tunduk kepada perintah Allah S.W.T
Nilai-nilai Murni
Gigih
Bersungguh-Sungguh, Berdaya Saing Dan Tidak Putus Asa
- Gigih dalam menghayati dan melaksanakan perintah Allah SWT.
- Gigih dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkanoleh PKZ Pahang.
- Gigih dalam usaha untuk mendalami dan memahami ilmu pengetahuan mengenai zakat.
- Gigih dalam usaha untuk mendalami dan memahami ilmu pengetahuan mengenai zakat.
Amanah
Jujur, Ikhlas dan Telus
- Amanah dalam menghayati dan melaksanakan perintah Allah SWT.
- Amanah dan jujur dalam menyampaikan dan menerangkan ilmu zakat.
Penyayang
Mesra, Hormat dan Perihatin
- Menyayangi organisasi sebagai punca rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
- Menyayangi para pembayar zakat sebagai orang yang mentaati perintah Allah SWT.
- Menyayangi golongan asnaf sebagai orang yang diuji oleh Allah SWT.