PROGRAM BERSAMA SINGGAH LABUR ASNB

TEMERLOH, 7 Julai 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) Zon Tengah berkesempatan menyertai program ASNB Singah Labur anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di tiga lokasi berasingan iaitu di Maybank Triang pada 5 Julai 2023, Maybank Jerantut pada 6 Julai 2023 dan di pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) cawangan Temerloh pada 7 Julai 2023.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan seramai 7 orang kakitangan PKZ Pahang dari Zon Tengah. Turut terlibat menjayakan program tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank. Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran hampir 200 orang pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

Sepanjang program ini diadakan, PKZ Pahang dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan zakat dan wakaf kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut melalui sesi taklimat serta kaunter pameran yang disediakan. Sepanjang program ini dijalankan PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat daripada 3 pembayar baru dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM2,500.00 manakala seramai 4 orang pembayar baru wakaf telah membuat potongan wakaf melalui potongan gaji.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat dan wakaf negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohamad Lukmanulhakim Bin Jalaluddin 
Pusat Kutipan Zakat Pahang
Cawangan Temerloh

Kongsikan di media sosial