PROGRAM CAKNA ZAKAT: MENYEMAI KESEDARAN, MELESTARI PELAKSANAAN UNTUK KEBERKATAN

Kuantan, 21 Januari 2025 – Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) telah menganjurkan satu program yang diberi nama Cakna Zakat: Menyemai Kesedaran, Melestari Pelaksanaan Untuk Keberkatan bersama pihak UCYP University. Seramai 140 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan pelajar dari Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) turut hadir ke acara tersebut.

Tujan program ini dilakukan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang kewajipan zakat dan kelebihan berwakaf kepada para peserta yang terlibat. Terdapat tiga taklimat utama, taklimat mengenai wakaf yang disampaikan oleh Encik Mohd Farid bin Mohd Ramly dan diikuti dua taklimat berkenaan zakat disampaikan oleh Ustazah Fatin Nor Azrin bi Omar dan Encik Mohd Abdul Khaliq bin Mohd Nazir. Ketiga-tiga slot ini disampaikan dengan tujuan untuk memberi pencerahan dan kefahaman dengan lebih jelas mengenai tanggungjawab dalam menunaikan zakat dan kelebihan berwakaf kepada para pensyarah dan pelajar.

Selain itu, program ini telah mendapat sambutan yang menarik dalam pengumpulan dana wakaf. Seramai 64 orang yang telah berwakaf dan RM490 berjaya dikutip bagi dana wakaf. Jelaslah bahawa terdapat ramai yang masih menyalurkan kebaikan diluar sana. Keberhasilan program ini adalah hasil daripada sokongan dan semangat yang disumbangkan oleh para pensyarah dan pelajar dalam menjayakan usaha kutipan wakaf. Perkara tersebut dijangka dapat membantu dalam meningkatkan kutipan zakat dan wakaf di negeri Pahang, serta dapat memperkukuhkan lagi kesederan mengenai kepentingan dalam menunaikan kewajipan zakat dan juga memupuk semangat berwakaf bagi menyumbang kepada hal-hal pembangunan sosial.

Program Cakna Zakat: Menyemai Kesedaran, Melestari Pelaksanaan Untuk Keberkatan ini telah berakhir dengan jayanya di UCYP University, selepas selesai penyampaian maklumat serta pendekatan kepada para pensyarah dan pelajar yang telah menjayakan program tersebut. Hal ini demikian , dapat memberi impak yang positif dalam mengembangkan lagi amalan berzakat dan berwakaf kepada masyarakat di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Adlin Darwisyah binti Mohd Razali
Pelatih Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial