RAUB, 20 Ogos 2023 – Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan daerah Raub telah menganjurkan program kecergasan “Fitness For Berkat” edisi Pahang Barat bertempat di Kompleks Rakan Muda Dong, Raub. Seramai 250 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program ini. Sambutan luar biasa oleh golongan wanita dari pelbagai lokasi dari daerah Raub, Bentong dan Lipis. Bahkan ada juga yang sanggup datang dari Kuantan semata-mata untuk menyertai program kecergasan ini.
Program ini dikendalikan oleh 3 orang instruktur hebat dari Kementerian Belia dan Sukan iaitu Instruktur Katt, Instruktur Ayu dan Instruktur Ani. Program ini bukan sahaja untuk sihat fizikal bahkan pengisian untuk sihat rohani juga telah disampaikan oleh Ustazah Siti Esah Binti Abdul Ghani, beliau menekankan konsep sihat untuk ibadah kerana Allah dan juga sihat untuk mencari rezeki yang berkat kerana Allah. Selain dari itu, kempen sertai Sistem EZID giat dijalankan untuk bagi semua peserta untuk mereka memahami kebaikan dan manfaat penggunaan sistem EZID bagi memudahkan urusan zakat dan wakaf mereka



Oleh sebab itu seramai 225 peserta telah berdaftar di EZID dan 166 orang peserta belum pernah mempunyai rekod bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang. Program khidmat sosial “Fitness For Berkat” ini juga dianjurkan untuk memasyarakatkan Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada seluruh warga Negeri Pahang dan seterusnya secara tidak langsung info zakat dan wakaf juga akan turut tersebar dengan program santai seperti ini.
Disediakan oleh
Wan Nor Mazuani bin Wan Mokhtar
Ketua Unit Media Sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang