KUANTAN, 25 Mac 2025 – Sepanjang bulan ramadhan ini Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang (PKZWP) melalui Unit Kerohanian PKZW Pahang telah menganjurkan aktiviti halaqah tadarus Al-Quran secara berkumpulan setiap hari melibatkan 106 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang.
Sesuai dengan bulan Ramadhan selain ibadah berpuasa dan menunaikan solat Tarawih, umat Islam dituntut untuk menghidupkan Ramadan dengan membaca al-Quran kerana ianya adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Amalan membaca al-quran bukan sahaja mendapat imbuhan pahala tetapi juga merangkap penawar kepda pembacanya.



Seusai khatam tadarus Quran, unit kerohanian telah menganjurkan satu majlis Khatam Quran dan Iftar Jamaie di kalangan PKZWP Ibu Pejabat yang bertempat di Kebun & Co, Kuantan. Program turut diadakan di empat lokasi berlainan mengikut zon operasi iaitu Ibu pejabat, Kuantan, Temerloh dan Raub. Secara tidak langsung program seumpama ini dapat merapatkan ukhuwah islamiyyah dan semangat kebersamaan di kalangan kakitangan. Semoga amalan mentadabbur quran sentiasa sebati di dalam jiwa kakitangan dan bakal mendapat syafaat al-Quran di akhirat nanti.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang