PROGRAM KARNIVAL SUNNAH ZON TIMUR 2024

KUANTAN 28 April 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah bekerjasama dengan rakan kolaborasi iaitu Jabatan Penyiaran Negeri Pahang (RTM) telah mengadakan Program Karnival Sunnah Zon Timur 2024 yang berlangsung selama empat hari bertempat di Perkarangan Kompleks RTM Pahang. Karnival Sunnah RTM Zon Timur merupakan acara yang julung-julung kali diadakan di pantai timur. Pengajuran ini dengan menggabungkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Karnival Sunnah ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan nilai-nilai sunnah dalam kehidupan sehari-hari kepada masyarakat di kawasan Timur Malaysia.

Majlis Perasmian Karnival Sunnah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Encik Nasaruddin Bin Abdul Muttalib. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival sunnah berlangsung. Antaranya Seminar Pengurusan Harta, ceramah agama bersama Ustaz Shamsul Debat yang mana para peserta akan berpeluang untuk mendengar ceramah daripada beliau yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai kepentingan mengamalkan sunnah dalam kehidupan rumahtangga seharian.

Selain itu, aktiviti Pocket Show kepada pengunjung yang hadir, Forum Muqarrabin, Pameran Agensi Kerajaan, Forum Khairul Ummah, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan busana muslimah, jualan Rahmah, pertukaran al-Quran tanpa kelulusan, pertandingan memasak, pertandingan azan, demonstrasi khat, pertandingan tulisan khat kebangsaan, merasai pengalaman bersukan memanah dan berkuda, mini showcase Karnival Sunnah yang menampilkan kumpulan nasyid Hijjaz, Rabbani dan Inteam serta gerai jualan sepanjang hari karnival sunnah berlangsung.

Lebih 64 buah gerai jualan turut dibuka termasuk makanan, minuman, aksesori, wangian dan barang-barang keperluan harian juga turut boleh didapati. Selain itu, karnival ini juga akan menyediakan ruang untuk pameran dan jualan produk-produk sunnah yang bermanfaat bagi kesihatan dan kebaikan ummah.

Di harap melalui karnival ini ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dan juga RTM terutama bagi zon timur yang melibatkan RTM Terengganu, Kelantan dan juga Pahang dan kita mengharapkan ada kesedaran pada pengunjung berkenaan ilmu Islam”. Ujar Pengarah Penyiaran Negeri Pahang, Arifin Awang

Moga Karnival Sunnah RTM ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai keseronokan dan kemeriahan sepanjang karnival sunnah ini berlangsung.

Disediakan oleh,
Mohammad Hidayat Bin Mohamad Nafiah
Pembantu Pegawai Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial