KUANTAN, 5 Julai 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang cawangan Kuantan telah menyertai Program Madani Rakyat di Padang Kemunting, Kuantan dan Fiesta KWSP Pahang yang di adakan di Pejabat KWSP Indera Mahkota, Kuantan. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 5 hingga 7 Julai 2024, yang melibatkan seramai 6 orang kakitangan PKZ Pahang dari Zon Timur. Pelbagai agensi lain turut terlibat bagi menjayakan program tersebut di antaranya Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Pejabat Tanah Dan Galian (PTG), Pahang Skills Development Centre (PSDC) dan Jabatan – Jabatan lain dari sekitar Pahang. Program ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat dengan kehadiran ribuan pengunjung sepanjang program ini berlangsung.



Sepanjang program ini diadakan, PKZ Pahang dapat menyampaikan maklumat berkaitan dengan zakat dan wakaf kepada para pengunjung yang hadir ke program tersebut melalui sesi taklimat serta kaunter pameran yang disediakan.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan penerangan info-info berkaitan kefardhuan zakat harta dan mendekatkan masyarakat khususnya para usahawan dengan PKZ Pahang. Adalah diharapkan program seumpama ini mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat dalam memahami kewajipan berzakat dan seterusnya menjadi penyumbang kepada dana zakat negeri Pahang.
Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang