PROGRAM MEJA BULAT HARTANAH PKZ PAHANG

KUANTAN,15 Februari 2024 – Program ‘Meja Bulat Hartanah Berkat’ anjuran Pusat Kutipan Zakat Pahang & Wakaf Pahang kolaborasi bersama Agensi Hartanah Landsworth Properties Sdn. Bhd. berlangsung pada 15 Februari 2024 sempena Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan PKZ Pahang bersama agensi-agensi hartanah di Negeri Pahang di samping menyampaikan info zakat dan wakaf serta memberi penerangan kemudahan berzakat di Negeri Pahang.

Program ini dihadiri oleh Pengarah Urusan Agensi Landsworth Properties SDN BHD iaitu Encik Lokman Hakim Bin Johar dan Pengurus Agensi Landsworth Pantai Timur, Puan Siti Fazielawati binti Mohd Ishak serta lebih 20 orang perunding hartanah dari Agensi Landsworth Properties SDN BHD. Kolaborasi pertama ini diharapkan menjadi suntikan semangat kepada perunding hartanan di negeri Pahang untuk terus Berjaya dan semoga dengan kerjasama yang terjalin ini juga dapat mendidik masyarakat ke arah berjaya di dunia dan berjaya juga diakhirat.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial