PROGRAM MY KAMPUNG ZON TENGAH 2024

JERANTUT, 28 September 2024 – Program MY KAMPUNG ZON TENGAH 2024 telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 26 hingga 28 September 2024 bertempat di mukim Ulu Tembeling, Jerantut. Program ini bertujuan untuk menyampaikan dakwah kefardhuan berzakat kepada penduduk di beberapa buah kampung berdekatan iaitu melibatkan Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal dan Kampung Mat Daling.

Pelbagai pengisian program telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya:

  • Kuliah Dhuha Muslimat di empat buah kampung terpilih.
  • Moh Ngeteh bersama peniaga & penternak, bertujuan merapatkan lagi hubungan antara PKZ Pahang dan penduduk serta peniaga tempatan.
  • Khutbah & Taklimat di Masjid untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai kewajipan berzakat.
  • Kaunter Zakat & Wakaf yang menyediakan peluang kepada penduduk untuk menunaikan kewajipan zakat.
  • Taklimat & Kaunter Potongan Zakat Berjadual (PZB) bagi memudahkan pengurusan zakat secara berjadual.
  • Forum Al-Waidz, yang membincangkan isu-isu semasa dan kepentingan berzakat.
  • Agihan Kit Fidyah kepada golongan yang memerlukan sebagai bentuk sokongan sosial.

Sepanjang program berlangsung, PKZ Pahang telah menerima bayaran zakat daripada 44 pembayar tunai dan 43 pembayar melalui potongan gaji dengan jumlah kutipan bayaran zakat sebanyak RM13,035.43 manakala seramai 17 orang telah menunaikan ibadah wakaf dengan jumlah kutipan sebanyak RM980.00 yang menjadikan keseluruhan pembayar zakat dan wakaf sepanjang program ini berlangsung adalah seramai104 orang dengan jumlah kutipan sebanyak RM14,015.43.

Program ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berwibawa, termasuk Tuan Haji Mohd Asri bin Awang selaku Pengurus Zon Tengah, Ustaz Nadhir Syafiq bin Rameli, Pegawai Dakwah dari Ibu Pejabat PKZ Pahang, serta kakitangan PKZ Zon Tengah dan kakitangan MUIP yang telah berkerjasama untuk memastikan kelancaran program ini.

Dengan kejayaan program ini, diharapkan ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berzakat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pegawai PKZ Pahang dan para penduduk kampung.

Disediakan oleh,
Shahrizal Bin Othman 
Pembantu Pegawai Zakat
Pusat Kutipan Zakat Pahang Cawangan Jerantut

Kongsikan di media sosial