PROGRAM MY KAMPUNG ZON TIMUR 2024

KERATONG, 08 November 2024 – Program MY KAMPUNG ZON TIMUR 2024 yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 6 hingga 8 November 2024 di Keratong, Bandar Tun Razak telah berjalan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk menyampaikan dakwah kefardhuan berzakat kepada penduduk luar bandar.

Pelbagai pengisian program telah dilaksanakan, termasuk:

  • Kuliah Dhuha Muslimat yang memberi pendedahan tentang pentingnya berzakat.
  • Ziarah asnaf dan ziarah peniaga, bertujuan merapatkan lagi hubungan antara PKZ Pahang dan penduduk serta peniaga tempatan.
  • Khutbah Jumaat & Forum Perdana My Kampung untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai kewajipan berzakat.
  • Kaunter Zakat & Wakaf yang menyediakan peluang kepada penduduk untuk menunaikan kewajipan zakat.
  • Taklimat & Kaunter Potongan Zakat Berjadual (PZB) bagi memudahkan pengurusan zakat secara berjadual.
  • Forum Al-Waidz, yang membincangkan isu-isu semasa dan kepentingan berzakat.
  • Aktiviti sukaneka sebagai bentuk hubungan sosial bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan PKZ Pahang.

Hasil dari program ini sangat memberangsangkan, dengan kutipan zakat mencatatkan bilangan pembayar kaunter seramai 38 orang, menjana jumlah kutipan sebanyak RM 102,324.83 dan 7 orang bilangan pembayar potongan gaji yang membuat potongan dengan amaun sebanyak RM1,787.50. Manakala seramai 5 orang pembayar baru potongan zakat Felda (PZF) dengan jumlah RM19,415.00. Selain itu, kutipan wakaf juga menunjukkan sokongan yang baik dengan bilangan pembayar seramai 17 orang dengan jumlah RM4,113.00.

Program ini dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berwibawa, termasuk Tuan Haji Azmi bin Othman, Ketua Bahagian Korporat PKZ Pahang, Ustaz Felza Zulrrafaaee bin Abdul Hamid selaku Pengurus Zon Timur, Ustaz Nadhir Syafiq bin Rameli, Pegawai Dakwah dari Ibu Pejabat PKZ Pahang, serta kakitangan PKZ Zon Timur dan kakitangan Wakaf Pahang yang telah berkerjasama untuk memastikan kelancaran program ini.

Dengan kejayaan program ini, diharapkan ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan berzakat dan memperkukuhkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk.


Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial