PROGRAM RAHSIA SOLAT DAN ZAKAT

Kuantan, 29 Ogos 2023: Program Rahsia Solat dan Zakat Sempurna kerjasama antara Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Unit Mesra Ibadah HTAA yang diadakan di Auditorium HTAA. Objektif kerjasama ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman peserta berkenaan solat dan zakat. Seramai 173 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program yang bermanfaat ini. Pengisian program telah diisi oleh Ustaz Mohd Amran bin Hj Abdul Hamid dan juga Ustazah Sakinah Binti Mohamed.

Program ini berfokus untuk memberi pendedahan kepada peserta wanita yang hadir untuk bagaimana memastikan solat yang dilaksanakan sempurna dan juga memantapkan pemahaman kepada semua kakitangan yang mempunyai pendapatan agar selalu membersihkan pendapatan dan harta yang ada dengan mengeluarkan zakat.

Selain dari itu juga sebaran penggunaan sistem EZID untuk semua muslim di Pahang menguruskan zakat dan wakaf dengan baik juga telah dikongsikan. Dengan sebab itu seramai 111 orang peserta mendaftar menggunakan sistem EZID dan 83 daripada peserta belum pernah mempunyai rekod bersama Pusat Kutipan Zakat Pahang. Diharapkan lebih ramai peserta menyertai program seperti ini dimasa hadapan.

Disediakan oleh
Wan Nor Mazuani bin Wan Mokhtar
Ketua Unit Media Sosial
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial