PROGRAM RAMADANMU BERSAMAKU

KUANTAN, 3 April 2024  Dalam proses menggiatkan dakwah kepada orang ramai tentang kewajipan berzakat bersempena bulan Ramadan ini, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ) telah mengadakan Program Ramadanmu Bersamaku dengan Kerjasama Anih Berhad, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Muzlina Trading.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengedarkan sumbangan kepada golongan B40 dan edaran pek iftar kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 1 yang diadakan di Tol Gambang pada 3 April 2024. Seramai 50 orang daripada agensi diatas yang terlibat menyertai program ini.

Program ini merupakan tahun yang kedua berturut turut diadakan dalam bulan ramadan bagi tujuan memperkenalkan Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada orang ramai dengan lebih meluas lagi. Info berkaitan zakat juga dimasukkan kedalam pek iftar bertujuan menyebarkan info zakat kepada orang ramai. Program ini juga diadakan adalah untuk memperbanyakkan kerjasama sosial bersama agensi dan syarikat pembayar zakat di negeri Pahang serta mengekalkan hubungan kerjasama antara PKZ bersama ANIH Berhad. 

Program ini dimulakan dengan berkumpul di tol Gambang dan berlepas secara konvoi. Agihan bantuan diberikan kepada pekerja dibawah seliaan ANIH Berhad yang berkhidmat disepanjang LPT dari Tol Bentong hingga Tol Gambang. Pecahan kumpulan telah dibuat untuk mengagihkan bantuan di setiap R&R dan Hentian Tol dari Gambang hingga Genting Sempah.

Kemudian, setelah agihan selesai diberikan semua peserta akan berkumpul di Tol Gambang untuk memberikan edaran pek iftar sebanyak 200 pek kepada pengguna lebuh raya yang melalui Tol Gambang. Program ini berakhir selepas berbuka puasa dan solat maghrib secara berjemaah. Terima kasih kepada seluruh kakitangan

PKZ Pahang merakamkan penghargaan kepada ANIH Berhad, MUIP, PBSM dan Muzlina Trading di atas kesudian bekerjasama dalam menyampaikan mesej zakat kepada masyarakat khususnya pengguna Lebuhraya Pantai Timur 1 dan berharap agar silaturrahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,
Mohd Yusoff Lutfi bin Azhar
Bahagian Pemasaran
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial