PROGRAM SEMINAR CELIK ZAKAT @ JKR

KUANTAN, 5 Disember 2025 – Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZWP) telah menganjurkan Program Seminar Celik Zakat yang berlangsung di Jabatan Kerja Raya (JKR). Program ini menampilkan dua slot pengisian utama yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada PKZ Pahang dan Wakaf Pahang.

Slot pertama bertajuk “Pensyariatan Zakat Harta” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nadhir Syafiq bin Rameli, manakala slot kedua bertajuk “Membina Mahligai di Syurga” yang memfokuskan kepada wakaf telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Farid bin Mohd Ramly.

Penganjuran seminar ini menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan zakat dan wakaf secara lebih menyeluruh, di samping membuka ruang interaksi dua hala antara pihak PKZ Pahang dan Wakaf Pahang dengan warga kerja Jabatan Kerja Raya (JKR). Melalui sesi perkongsian yang diadakan, para peserta dapat memahami dengan lebih jelas konsep zakat dan wakaf, kaedah pengiraan, saluran pembayaran serta impaknya terhadap pembangunan ummah.

Program ini turut mencerminkan komitmen PKZ dan Wakaf Pahang dalam memperkasa agenda dakwah serta pendidikan zakat dan wakaf di peringkat jabatan dan agensi kerajaan. PKZ dan Wakaf Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) atas kerjasama, sokongan serta kesudian menerima penganjuran Program Seminar Celik Zakat ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman zakat dan wakaf, sekali gus memperluas manfaatnya kepada ummah.

Disediakan oleh,
Muhammad Farhan bin Kamal
Praktikal Bahagian Dakwah
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial