PROGRAM ZIARAH PENIAGA PKZ PAHANG

JERANTUT, 9 Julai 2024 – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang telah melaksanakan program ziarah peniaga di Pekan Sari Felda Padang Piol, Jerantut yang turut disertai oleh Unit Kaunter Bergerak (UKB) PKZ Pahang. Program ini diadakan bertujuan untuk untuk mengeratkan hubungan PKZ Pahang dengan komuniti setempat khususnya peniaga-peniaga di Pekan Sari di samping menyampaikan info zakat dan wakaf kepada mereka.­­

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menunaikan kewajipan dan menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi melalui zakat dan wakaf. Dalam program ini, seramai 3 orang pembayar zakat yang baharu telah menunaikan ibadah zakat dan 2 orang telah menunaikan wakaf tunai dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM 1,090.00.

Pihak pusat kutipan berharap agar lebih ramai individu dan peniaga akan menunaikan kewajipan berzakat serta memberikan sumbangan wakaf yang lebih besar demi kebaikan bersama. Dengan sokongan yang berterusan dari Masyarakat adalah diharapkan amalan zakat dan wakaf dapat berkembang maju, sekali gus memberi manfaat yang lebih besar umat Islam di negeri Pahang.

Disediakan oleh,
Mohd Akmal Afif bin Mohd Nasir
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam
Pusat Kutipan Zakat Pahang

Kongsikan di media sosial